"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami menguji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya." Al-Kahf, 18:7
"Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaffkan banyak (dari kesalahan-kesalahanmu)." Asy-Syura, 42:30
"Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupanya." Al-Baqarah, 2:286
ERAH, Gantunglah segenap pengharapanmu dan keinginanmu kepada yang Maha Pemberi, kerana Dia tidak pernah terlepas mendengar pengharapanmu & Dia akan memperkenankannya dgn cara-Nya yang tersendiri, setiap yang direncanakan-NYA pasti ada hikmah yang tersembunyi, jangan sesekali berbicara tentang takdir dan musibah yang kita tempuhi, sebaliknya panjatkan kesyukuran dan pohonlah kemaafan atas kekhilafan diri kepada yang Maha pengampun, ketahuilah ,kebahagiaan hakiki yang diidam-idamkan sememangnya sukar untuk dimiliki, jauh lebih sukar dari merentasi liku berduri bisa, namun beruntunglah bagi meraka yang sentiasa berusaha memperbaiki diri agar lebih baik dan tidak putus-putus berdoa kerana tuhan itu maha melihat dan mendengar, pastinya Allah itu sentiasa ada untuk menolong hamba-Nya itu..
Rasulullah SAW bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingatKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu di dalam suatu jamaah manusia, maka Aku pun akan mengingatinya di dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekatiKu sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekatiKu sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepadaKu dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari. - riwayat Abu Hurairah RA.
'nie salah satu ayat yang bagi semangat kat farid kalau farid down or kena pape musibah...'
thankz wan farid...






